Tuesday, 3 November 2015

Adun Sungai Balang



N.16 Sungai Balang












,
Following Twitter,[

, 

Khatam Surah An-Nisa

An-Nisa, dari  Ayat 141~150

141. mereka itu ialah orang-orang yang menunggu-nungu perubahan atas kamu, iaitu jika kamu dapat  kemenangan  dari Allah, mereka berkata; “bukan kah kami berserta kamu?” dan jika orang-orang kafir dapat bahagian baik, mereka berkata; “bukankah kami telah mengetahui kamu dan telah memalingkan kamu daripada kaum mukmin?” lantaran itu, Allah akan menghukum diantara mereka dihari kiamat, dan Allah tidak jadikan satu jalan buat orang-orang kafir atas mukmin.

142. Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah balas menipu mereka, dan apabila mereka berdiri kepada sembahayang, berdirilah mereka dengan masa, mereka tunjuk kan amal mereka kepada manusia, dan mereka tidak ingat kepada Allah melainkan sedikit.

143. Hal keadaan mereka terhayun antara itu, tidak kepada mereka itu dan tidak kepada mereka ini, kerana barang siapa disesatkan oleh Allah, maka tidak akan engkau dapat satu jalan keselamatan baginya.

144. Hai manusia yang beriman ! janganlah kamu anggap orang-orang kafir itu sebagai ketua, pada hal bukan dari kaum mukmin ! Apakah kamu mahu adakan satu alasan yang terang bagi Allah buat menghukum kamu ?

145. Sesungguhnya munafikin itu ditingkatan yang paling bawah dari nereka, dan engkau tidak akan dapat bagi mereka satu petolong.

146. Kecuali mereka yang taubat dan betulkan kesalahan-kesalahan dan berpegang dengan agama Allah dan ikhlas kan agama mereka kerana Allah, maka mereka ini berserta mukmin, dan Allah akan beri kepada mukmin ganjaran yang besar.

147. Bukan kah Allah tidak akan mengazabkan kamu, jika kamu syukur dan beriman ? kerana Allah itu pembalas terima kasih, pengetahui.
148. Allah tidak suka kepada perkataan jelek yang diperdengarkan, kecuali dari orang yang teranyaya, kerana Allah itu pendengar, pengetahui.

149. Jika kamu nampak kan satu kebaikan atau kamu sembunyikan dia atau kamu ampunkan seorang dari satu  kejelekan, maka sesungguhnya adalah itu pengampun, maha kuasa.

150. Sesungguhnya mereka yang kufur kepada Allah dan rasul-rasul nya, dan hendak  membezakan antara Allah dan Rasul-Rasul nya, dan berkata; “kami mahu beriman kepada sebahagian, dan tidak mahu beriman kepada sebahagian, dan mereka hendak mengambil satu jalan diantara itu.


Following Twitter,
[] https://twitter.com/MarketHerbs/status/661703178119806976


,