An-Nisa, dari Ayat 141~150
141. mereka itu ialah
orang-orang yang menunggu-nungu perubahan atas kamu, iaitu jika kamu dapat kemenangan
dari Allah, mereka berkata; “bukan kah kami berserta kamu?” dan jika
orang-orang kafir dapat bahagian baik, mereka berkata; “bukankah kami telah mengetahui
kamu dan telah memalingkan kamu daripada kaum mukmin?” lantaran itu, Allah akan
menghukum diantara mereka dihari kiamat, dan Allah tidak jadikan satu jalan
buat orang-orang kafir atas mukmin.
142. Sesungguhnya
orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah balas menipu mereka, dan
apabila mereka berdiri kepada sembahayang, berdirilah mereka dengan masa,
mereka tunjuk kan amal mereka kepada manusia, dan mereka tidak ingat kepada
Allah melainkan sedikit.
143. Hal keadaan mereka
terhayun antara itu, tidak kepada mereka itu dan tidak kepada mereka ini,
kerana barang siapa disesatkan oleh Allah, maka tidak akan engkau dapat satu
jalan keselamatan baginya.
144. Hai manusia yang beriman ! janganlah kamu
anggap orang-orang kafir itu sebagai ketua, pada hal bukan dari kaum mukmin !
Apakah kamu mahu adakan satu alasan yang terang bagi Allah buat menghukum kamu
?
145. Sesungguhnya munafikin
itu ditingkatan yang paling bawah dari nereka, dan engkau tidak akan dapat bagi
mereka satu petolong.
146. Kecuali mereka yang
taubat dan betulkan kesalahan-kesalahan dan berpegang dengan agama Allah dan
ikhlas kan agama mereka kerana Allah, maka mereka ini berserta mukmin, dan
Allah akan beri kepada mukmin ganjaran yang besar.
147. Bukan kah Allah tidak
akan mengazabkan kamu, jika kamu syukur dan beriman ? kerana Allah itu pembalas
terima kasih, pengetahui.
148. Allah
tidak suka kepada perkataan jelek yang diperdengarkan, kecuali dari orang yang
teranyaya, kerana Allah itu pendengar, pengetahui.
149. Jika kamu nampak kan
satu kebaikan atau kamu sembunyikan dia atau kamu ampunkan seorang dari
satu kejelekan, maka sesungguhnya adalah
itu pengampun, maha kuasa.
150. Sesungguhnya mereka
yang kufur kepada Allah dan rasul-rasul nya, dan hendak membezakan antara Allah dan Rasul-Rasul nya,
dan berkata; “kami mahu beriman kepada sebahagian, dan tidak mahu beriman
kepada sebahagian, dan mereka hendak mengambil satu jalan diantara itu.
Sumber dari;
[] https://sites.google.com/site/pasarherbamalaysia/1/1
Following Twitter,
[] https://twitter.com/MarketHerbs/status/661703178119806976
,
No comments:
Post a Comment